Ini Rakan Bloggers Kesayangan Saya

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 22, 2011

Cara Menggunakan Windows Movie Maker !

Salam WBT.....

Hmm...bestnya tengok orang buat video guna movie maker, tapi bagaimana cara mudah nak menggunakannya?

Baru2 ni Iza ada perjumpaan keluarga di sebelah mama...(selingan)....family sebelah mama ni memang sangat rapat sejak kami kecil lagi. Antara kami sepupu2 ni dah macam siblings. Boleh gaduh2 mcm adik beradik...then baik...memang sangat rapat. Kami ada ajk dlm keluarga, ada tabung keluarga, minutes meeting...hebat kan. Tahniah pada atok & nenek di Nyalas coz berjaya mendidik keluarganya dengan hebat ;)

Ok, berbalik kepada perjumpaan keluarga yang diadakan baru2 ni....Iza ditugaskan membuat video kenangan untuk arwah adik sepupu yang baru meninggal dunia bulan December 2010. Sebab Iza merupakan cucu paling sulong dalam family tu. Video ni akan di buat khas untuk tatapan seisi keluarga kami yang besar itu. Oleh kerana ukhuwah kami semua memang rapat dan baik, kehilangan arwah amat terkesan di hati kami semua....kami sayangkan arwah....kami rindukan arwah yang berpewatakan lembut, berbudi bahasa, & murah dengan senyuman.

Video ini bakal ditayangkan semasa sambutan hari keluarga kami pada bulan Jun ini. Sekarang dah penghujung bulan Feb!!!! Oh no....satu apa pun tak start lagi ni, adik2 sepupu yang lain pun senyap je tak share pun gambar2 arwah yg diorang simpan...erm, mesti masing2 busy dengan study/kerja. Iza pula ingat2 lupa buat video guna movie maker...maklum la, dah lama tinggal zaman universiti ;) Zaman2 tu memang rajin la buat semua ni.

Hari ni baru la berkelapangan untuk study balik cara buat video editing ni. Apalagi, laju je jari ni search apa yang di hajati di Google search. Hm....Alhamdulillah, jumpa pun link yang sesuai. Credit to the writer yang sudi share ilmu nya...dan juga Google search yg sentiasa membantu di saat memerlukan....

So, let's start.....click to the link Cara Menggunakan Windows Movie Maker !

Insyaallah Iza akan share hasilnya nanti.....doa kan kejayaan Iza. Maklum la, bakat tak berapa nak ada...cuma keyakinan untuk berusaha yang ada...haha...moga2 Allah membantu...Amin..

Sunday, February 20, 2011

Selamat Hari Lahir

Esok hari lahir en.suami yg ke 28 tahun...21/2/2011 ;)

Mula terfikir apa yang nak dihadiahkan pada dia kali ini...setelah di 'shortlist' kan idea2 yang timbul....Iza pun decide untuk baked cheese kek, coz favourite en. suami.

Kenapa tak beli? Coz previous years dah beli...so kali ni special sikit coz berusaha sendiri membuatnya...not my forte pun buat kek ;) Hope jadi la kek Iza....kalau tak, hilang special lah...hehe

Terpaksa pula ajak  en suami beli je kek mcm tahun2 sebelum ni....ahaha...

Urm...oven dah berbunyi...'ting'...maksudnya kek dah masak...

Alhamdulillah, BERJAYA!!!!!

So, jom judge kek yang Iza baked ni....


baked cheese cake
Boleh la ye untuk makan berdua....

Jom click link http://www.myresipi.com/top/detail/88  untuk resepinya.

Selamat mencuba.


Friday, February 18, 2011

Hari yang boring....

Kenapa boring ye?

Hari ni sampai esok hubby outstation  di selatan malaysia dengan officemate dia. Ada taklimat untu staffdi branches katanya.

Urm...bila tinggal sorang2 ni terasa juga boringnya. So untuk menghilangkan boring ni, Iza pun re-design la blog template ni.

Hope sedap lah mata pelawat2 yang melawat blog Iza nanti ye....tapi rasanya masih banyak yang perlu dipelajari untuk menambah 'followers' di blog ini. Bila ramai pelawat, rasa berbaloi juga develop blog ni.

Boleh lah saling kenal-mengenali...merapatkan ukhuwah sesama kita ;) Seperti yang dituntut di dalam Islam kan...

Selain tu seronok juga luang kan masa baca blog kegemaran Iza, blog Dr Adilah Ahmat...yang boleh menambah banyak ilmu tentang kepakaran & experience beliau. Rupanya Dr Adilah rajin juga memasak ;)

Lepas tu melawat blog rakan2 senasib Iza...yang masih belum ada rezeki menimang cahayamata setelah bertahun berkahwin...sama2 kita saling mendoakan ;)

Ada juga terfikir nak baked cheese kek coz Isnin ni birthday En. Hubby ;) Insyaallah kalau menjadi cheese kek tu Iza share resepi & gambarnya disini ye...

So, jumpa lagi di next entry.

Wednesday, February 16, 2011

Ya Allah...kurniakan daku zuriat yang sempurna

Ya Allah...Mac 2011 genaplah 3 tahun usia perkahwinan kami. Kami selalu berharap dan berdoa bahawa perkahwinan ini adalah perkahwinan yang diredhai oleh Mu.

Kami bersyukur pada Mu Ya Allah di atas segala kebahagiaan dan rezeki yang Kau berikan didalam perkahwinan kami ini. Namun sebagai manusia biasa...masih ada yang ingin kami mohon dari Mu.

Sesungguhnya Ya Allah...jika ini ujian Mu bagi kami, kami redha dan terima ujian Mu Ya Allah. Tetapi kami mohon supaya ringankan lah ujian ini Ya Allah. Terasa berat rasanya untuk kami menanggung ujian ini. Bukan kami tidak redha atau mengeluh dengan ujian ini Ya Allah, cuma kami ini hamba Mu yang tidak terdaya dan lemah. Sesunnguhnya Ya Allah, hanya Kau tuhan sekalian alam yang berkuasa ke atas segalanya.

Kurniakanlah kepada kami zuriat yang sempurna walaupun seorang buat saham kami di akhirat nanti...juga buat penyambung keturunan kami di dunia ini.


Ya Allah...hati ini tidak tertahan berharap dan berharap untuk menanti kehadiran zuriat ini. Hati ini terlalu sayu dan sedih menerima ujian ini. Alangkah bahagianya hati ini melihat pasangan lain mempunyai zuriat mereka dengan amat mudah tanpa melalui ujian ini Ya Allah. Semoga tidak ramai yang menghadapi ujian seperti kami.

Hapuskan lah segala penghalang untuk kami menerima zuriat dari Mu Ya Allah....segerakanlah kami mendapat zuriat Ya Allah...kerana kami tidak tahu selama mana umur yang Kau pinjamkan kepada kami ini.

Keinginan ini terlalu mendesak diri ku Ya Allah....sehingga kurasakan setiap minit jantungku berdebar kencang kerana tidak dapat melupakan keinginan ini Ya Allah....berdosakah aku Ya Allah kerana seolah tidak bersyukur di atas pemberian Mu yang lain?

Setiap masa aku memikirkan tentang ini....aku menghidap PCOS, tetapi telah berusaha merawatinya. Aku berterima kasih kepada Dr Adilah Ahmat, hambaMu yang begitu ikhlas membantu kami suami isteri sehingga ke peringkat IUI pada tahun 2009. Tetapi rezeki itu belum ada buat kami sehingga kini.

Semoga Kau memakbulkan doa kami ini. Kepada sesiapa yang terbaca luahan inin, kami mengharapkan doa kalian buat kami. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Tuesday, February 1, 2011

My First Post

What to start with? Okay la, Iza start dengan macamana timbulnya minat menulis blog nih. Actually no specific reason...hanya untuk suka-suka, share idea, memori, dan minat. A little bit about myself...Usia perkahwinan dah 3 tahun lebih, tapi belum ada rezeki untuk dapat cahayamata. And of course Ireally hope for it.

Sesiapa yg ada petua boleh la share dengan Iza yer. Cita-cita nak jadi career woman yg berjaya macam idols Iza...Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Dr. Adilah Ahmat, Prof. Dr. Rusinah Siron, dan Pn. Hasni Zarina Mohammed Khan. They're a great women and moms.

Ok, that's all untuk permulaan penulisan blog Iza. So amacam...ok tak? Hehe...See you in next post ;) Luv ya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...