Ini Rakan Bloggers Kesayangan Saya

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 30, 2011

Sekarang ni heboh juga orang bercakap pasal Samsung Galaxy SII dan iPad2....mana best, mana lagi berbaloi kalau nak beli.

Hurm....(buat muka confuse sket) \'0'/
Tapi iPad2 ni macam dah biasa dengar and ramai juga guna. Kalau Samsung Galaxy SII ni saya belum berapa familiar dengan kecanggihannya itu.
Dekat link ni ada share tentang experience dendiorang yang dah guna produk ni. So, let's check it out at http://www.churpchurp.com//share/samsung-galaxy-SII
Then, boleh decide mana nak beli or kita berangan nak beli \^_*/ weeeee....
P/S: Sorry, lari tajuk sikit untuk post kali ni ye.

Wednesday, September 28, 2011

I'm back to blog ^_*

Lama betul rasanya tak ber'blog'. Asyik minum cool blog je...badan pun dah berblog2 juga rasanya ni.

Anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua....sempat lagi nak wish ni, selagi tak habis Syawal ^_*

Rindu nak ber'blog' datang tiba-tiba malam ni...tapi tak banyak idea...just a welcome back message to all my blogger's friends.Miss you olssss!!!

Ok, Iza list kan segala reason kira2 logik yang membuatkan Iza dah lama tak ber'blog':
- Penat kerja...balik lewat je...huhuhu.
- Takde mood sebab dah penat.
- Takde apa2 yang positif about my trying to conceive...urm..
- Yang paling penting, put on weight je kejenye di bulan Syawal yang mulia...heheh...

Till then, jumpa lagi...Muachhh semuanya...^_* wink..wink..

Sunday, September 18, 2011

Over 50 million people in Asia are getting the latest updates from #ChurpChurp! Don't miss out on the fun here!

Over 50 million people in Asia are getting the latest updates from #ChurpChurp! Don't miss out on the fun here!

Wooo....ramainya yang dah join ChurpChurp ni. Seems like I'm already outdated with the latest social network.

Hurm...so, Iza dah join ChurpChurp yang sungguh chomel ni. Ada lagi ke frens yang belum join macam Iza sebelum ni...hiks...jom join cepat!!!

Caranya senang sahaja...click link ni ok http://www.churpchurp.com/nsjads/share/churpchurp-invite?utm_source=social_btn&utm_medium=sharing

Till then, jumpa lagi di post seterusnya....weee...

Wednesday, March 16, 2011

A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad

Pernah dengar tajuk buku di atas? Ini lah buku hasil penulisan Tun Dr Mahathir Mohamad...mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5.



Anybody bought the book? I'm yet to buy the book last Monday,but it was sold out!!! So sad...the MPH cashier even not sure when the next batch will stock-in...huhuhu...

Masa ni en. hubby la jadi mangsa merajuk...coz tak tau nak merajuk pada sapa la kan..hehe..
"Tu la, i told you to buy the book earlier...tapi you delay2, kan dah sold out" dengan muka ala2 sedih. My hubby pula buat muka confuse kenapa dia di salahkan...

At last, dia pun promise to buy the book for me when the next order stock-in....hehe, at least boleh Iza pegang janji tu.

I really need to have the book...coz he's my idol in strategic thinking, management, and a great leader too ^_* Whatever rumous on him, true or not, he had his success....and yet, people can judge the successfulness by themselves.

Akhir kata yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan!!! Dr Mahathir, i'm proud to be a Malay because of you....same as i'm proud to be a Muslim because of Muhammad SAW...the men who really make other religious hat-off their respect to Malay & Muslim....

May Allah bless us with a great son like Tun Dr Mahathir Mohamad & Muhammad SAW...Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Monday, March 14, 2011

My 3rd Wedding Anniversary

It's March 2011!

Ya Allah...how fast time flied away, left us without sympathy.

Anyway, entry kali ni Iza nak abadikan sedikit memori sambutan ulangtahun perkahwinan Iza & Aizul untuk tahun yang ketiga :)

Alhamdulillah...dah tiga tahun usia rumahtangga yang kami bina bersama. Tapi lagi indah kalau kami dikurniakan cahayamata di dalam perkahwinan kami.....entah bila takdir itu akan tiba...mesti saat tu akan jadi something so precious for both of us. It felt so hard to express the feelings...

Sambutan untuk ulangahun ketiga ni kami sambut dengan sederhana je coz jatuh pada hari bekerja dan hubby pun baru aje habis outstation. Kami cuma pergi dinner di luar. Most important, both of us felt very grateful to Allah for His bless towards our marriage ^_*

Fried Strawberry Ice Cream (Delicious!!!)
Insyaallah, next anniversary (8th March 2012) we'll be bless with a son/daughter of us. Amiin Ya Rabbul 'Alamin. Doakan impian kami ini dimakbulkan Allah. Terima kasih :)

Tuesday, February 22, 2011

Cara Menggunakan Windows Movie Maker !

Salam WBT.....

Hmm...bestnya tengok orang buat video guna movie maker, tapi bagaimana cara mudah nak menggunakannya?

Baru2 ni Iza ada perjumpaan keluarga di sebelah mama...(selingan)....family sebelah mama ni memang sangat rapat sejak kami kecil lagi. Antara kami sepupu2 ni dah macam siblings. Boleh gaduh2 mcm adik beradik...then baik...memang sangat rapat. Kami ada ajk dlm keluarga, ada tabung keluarga, minutes meeting...hebat kan. Tahniah pada atok & nenek di Nyalas coz berjaya mendidik keluarganya dengan hebat ;)

Ok, berbalik kepada perjumpaan keluarga yang diadakan baru2 ni....Iza ditugaskan membuat video kenangan untuk arwah adik sepupu yang baru meninggal dunia bulan December 2010. Sebab Iza merupakan cucu paling sulong dalam family tu. Video ni akan di buat khas untuk tatapan seisi keluarga kami yang besar itu. Oleh kerana ukhuwah kami semua memang rapat dan baik, kehilangan arwah amat terkesan di hati kami semua....kami sayangkan arwah....kami rindukan arwah yang berpewatakan lembut, berbudi bahasa, & murah dengan senyuman.

Video ini bakal ditayangkan semasa sambutan hari keluarga kami pada bulan Jun ini. Sekarang dah penghujung bulan Feb!!!! Oh no....satu apa pun tak start lagi ni, adik2 sepupu yang lain pun senyap je tak share pun gambar2 arwah yg diorang simpan...erm, mesti masing2 busy dengan study/kerja. Iza pula ingat2 lupa buat video guna movie maker...maklum la, dah lama tinggal zaman universiti ;) Zaman2 tu memang rajin la buat semua ni.

Hari ni baru la berkelapangan untuk study balik cara buat video editing ni. Apalagi, laju je jari ni search apa yang di hajati di Google search. Hm....Alhamdulillah, jumpa pun link yang sesuai. Credit to the writer yang sudi share ilmu nya...dan juga Google search yg sentiasa membantu di saat memerlukan....

So, let's start.....click to the link Cara Menggunakan Windows Movie Maker !

Insyaallah Iza akan share hasilnya nanti.....doa kan kejayaan Iza. Maklum la, bakat tak berapa nak ada...cuma keyakinan untuk berusaha yang ada...haha...moga2 Allah membantu...Amin..

Sunday, February 20, 2011

Selamat Hari Lahir

Esok hari lahir en.suami yg ke 28 tahun...21/2/2011 ;)

Mula terfikir apa yang nak dihadiahkan pada dia kali ini...setelah di 'shortlist' kan idea2 yang timbul....Iza pun decide untuk baked cheese kek, coz favourite en. suami.

Kenapa tak beli? Coz previous years dah beli...so kali ni special sikit coz berusaha sendiri membuatnya...not my forte pun buat kek ;) Hope jadi la kek Iza....kalau tak, hilang special lah...hehe

Terpaksa pula ajak  en suami beli je kek mcm tahun2 sebelum ni....ahaha...

Urm...oven dah berbunyi...'ting'...maksudnya kek dah masak...

Alhamdulillah, BERJAYA!!!!!

So, jom judge kek yang Iza baked ni....


baked cheese cake
Boleh la ye untuk makan berdua....

Jom click link http://www.myresipi.com/top/detail/88  untuk resepinya.

Selamat mencuba.


Friday, February 18, 2011

Hari yang boring....

Kenapa boring ye?

Hari ni sampai esok hubby outstation  di selatan malaysia dengan officemate dia. Ada taklimat untu staffdi branches katanya.

Urm...bila tinggal sorang2 ni terasa juga boringnya. So untuk menghilangkan boring ni, Iza pun re-design la blog template ni.

Hope sedap lah mata pelawat2 yang melawat blog Iza nanti ye....tapi rasanya masih banyak yang perlu dipelajari untuk menambah 'followers' di blog ini. Bila ramai pelawat, rasa berbaloi juga develop blog ni.

Boleh lah saling kenal-mengenali...merapatkan ukhuwah sesama kita ;) Seperti yang dituntut di dalam Islam kan...

Selain tu seronok juga luang kan masa baca blog kegemaran Iza, blog Dr Adilah Ahmat...yang boleh menambah banyak ilmu tentang kepakaran & experience beliau. Rupanya Dr Adilah rajin juga memasak ;)

Lepas tu melawat blog rakan2 senasib Iza...yang masih belum ada rezeki menimang cahayamata setelah bertahun berkahwin...sama2 kita saling mendoakan ;)

Ada juga terfikir nak baked cheese kek coz Isnin ni birthday En. Hubby ;) Insyaallah kalau menjadi cheese kek tu Iza share resepi & gambarnya disini ye...

So, jumpa lagi di next entry.

Wednesday, February 16, 2011

Ya Allah...kurniakan daku zuriat yang sempurna

Ya Allah...Mac 2011 genaplah 3 tahun usia perkahwinan kami. Kami selalu berharap dan berdoa bahawa perkahwinan ini adalah perkahwinan yang diredhai oleh Mu.

Kami bersyukur pada Mu Ya Allah di atas segala kebahagiaan dan rezeki yang Kau berikan didalam perkahwinan kami ini. Namun sebagai manusia biasa...masih ada yang ingin kami mohon dari Mu.

Sesungguhnya Ya Allah...jika ini ujian Mu bagi kami, kami redha dan terima ujian Mu Ya Allah. Tetapi kami mohon supaya ringankan lah ujian ini Ya Allah. Terasa berat rasanya untuk kami menanggung ujian ini. Bukan kami tidak redha atau mengeluh dengan ujian ini Ya Allah, cuma kami ini hamba Mu yang tidak terdaya dan lemah. Sesunnguhnya Ya Allah, hanya Kau tuhan sekalian alam yang berkuasa ke atas segalanya.

Kurniakanlah kepada kami zuriat yang sempurna walaupun seorang buat saham kami di akhirat nanti...juga buat penyambung keturunan kami di dunia ini.


Ya Allah...hati ini tidak tertahan berharap dan berharap untuk menanti kehadiran zuriat ini. Hati ini terlalu sayu dan sedih menerima ujian ini. Alangkah bahagianya hati ini melihat pasangan lain mempunyai zuriat mereka dengan amat mudah tanpa melalui ujian ini Ya Allah. Semoga tidak ramai yang menghadapi ujian seperti kami.

Hapuskan lah segala penghalang untuk kami menerima zuriat dari Mu Ya Allah....segerakanlah kami mendapat zuriat Ya Allah...kerana kami tidak tahu selama mana umur yang Kau pinjamkan kepada kami ini.

Keinginan ini terlalu mendesak diri ku Ya Allah....sehingga kurasakan setiap minit jantungku berdebar kencang kerana tidak dapat melupakan keinginan ini Ya Allah....berdosakah aku Ya Allah kerana seolah tidak bersyukur di atas pemberian Mu yang lain?

Setiap masa aku memikirkan tentang ini....aku menghidap PCOS, tetapi telah berusaha merawatinya. Aku berterima kasih kepada Dr Adilah Ahmat, hambaMu yang begitu ikhlas membantu kami suami isteri sehingga ke peringkat IUI pada tahun 2009. Tetapi rezeki itu belum ada buat kami sehingga kini.

Semoga Kau memakbulkan doa kami ini. Kepada sesiapa yang terbaca luahan inin, kami mengharapkan doa kalian buat kami. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Tuesday, February 1, 2011

My First Post

What to start with? Okay la, Iza start dengan macamana timbulnya minat menulis blog nih. Actually no specific reason...hanya untuk suka-suka, share idea, memori, dan minat. A little bit about myself...Usia perkahwinan dah 3 tahun lebih, tapi belum ada rezeki untuk dapat cahayamata. And of course Ireally hope for it.

Sesiapa yg ada petua boleh la share dengan Iza yer. Cita-cita nak jadi career woman yg berjaya macam idols Iza...Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Dr. Adilah Ahmat, Prof. Dr. Rusinah Siron, dan Pn. Hasni Zarina Mohammed Khan. They're a great women and moms.

Ok, that's all untuk permulaan penulisan blog Iza. So amacam...ok tak? Hehe...See you in next post ;) Luv ya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...